Khamis, 23 Disember 2010

Panduan Untuk Megesahkan Dokumen

Semasa mengesahkan sesuatu dokumen yang dibuat salinan (fotostas) pastikan bawa bersama dokumen asal untuk ditunjukkan kepada pegawai yang membuat pengesahan. Cop kenyataan pengesahan dan ruang tanda tangan ditempat yang kosong agar tidak menutup maklumat penting dalam dokumen.

Sabtu, 18 Disember 2010

Minggu Pertama

Seminggu telah berlalu, 5 jam pertemuan, pelajar maksima 39, PC 3 tak dapat digunakan, inilah masalah yang paling di takuti bila menggunakan PC untuk mengajar menaip, kalau dulu guna mesintaip tiada masalah kerosakan yang pelajar tidak boleh buat praktikal langsung. Siapakah yang akan mebetulkan PC yang rosak, mestilah unit komputer, aku tak ada kemahiran dalam bidang merepair PC. Janji nak disiapkan secepat mungkin, lama mana secepat mungkin tak dinyatakan jangan sampai habis semester tak di siapkan sudahlah.

Strategi aku agar semua pelajar merasai kesusahan ialah dengan membuat pusingan seperti bermain bola tampar. Harap pelajar dapat memahami masalah yang dihadapi dan tidak memanjangkannya. Mulut tempayan dapat ditutup tapi mulut manusia susah ooo. 

Yang penting tugas utama aku dapat dilaksanakan iaitu mendidik dan melatih semua pelajar mahir menaip. Ini adalah janji seorang pendidik seperti aku. Belajar menaip memang ada kepuasan sebab pelajar pasti akan merasai pencapaian mereka, ianya terbukti apabila mereka dah mahir. Bagi aku yang mengajar juga akan tersenyum puas bila semua 120 pelajar menaip mengikut sistem yang betul. Ada jua kekecewaan pernah dirasai bila tengok pelajar semester 4 menaip satu jari, tapi tak semua yang buat begini, hanya yang dikategorikan putus wayar saja boleh buat macam tu.

Sabtu, 4 Disember 2010

Menjawab Panggilan Telefon

Apakah perkataan pertama di sebut yang paling sesuai ketika menjawab panggilan telefon?. Jangan gunakan "hello" kerana hello tidak membantu pemanggil. Assalamualaikum adalah yang paling sesuai, selepas memberi salam perkenalkan Jabatan atau tempat anda bertugas, ini adalah untuk menjimatkan masa pemanggil dan bagi memastikan pemanggil disambungkan kepada tempat yang betul. 

Anda mesti senyum ketika becakap, kerana senyuman akan menceriakan perbualan walaupun pemanggil tidak melihat anda tetapi suara bersama senyuman memberi makna yang amat mendalam kepada pendegar. 

Perbualan telefon adalah gambaran tentang Jabatan atau tempat anda bertugas, jika pemanggil mendapat gambaran yang kurang menyenangkan maka itulah tanggapan mereka begitulah sebaliknya.