Seminggu telah berlalu, 5 jam pertemuan, pelajar maksima 39, PC 3 tak dapat digunakan, inilah masalah yang paling di takuti bila menggunakan PC untuk mengajar menaip, kalau dulu guna mesintaip tiada masalah kerosakan yang pelajar tidak boleh buat praktikal langsung. Siapakah yang akan mebetulkan PC yang rosak, mestilah unit komputer, aku tak ada kemahiran dalam bidang merepair PC. Janji nak disiapkan secepat mungkin, lama mana secepat mungkin tak dinyatakan jangan sampai habis semester tak di siapkan sudahlah.
Strategi aku agar semua pelajar merasai kesusahan ialah dengan membuat pusingan seperti bermain bola tampar. Harap pelajar dapat memahami masalah yang dihadapi dan tidak memanjangkannya. Mulut tempayan dapat ditutup tapi mulut manusia susah ooo.
Yang penting tugas utama aku dapat dilaksanakan iaitu mendidik dan melatih semua pelajar mahir menaip. Ini adalah janji seorang pendidik seperti aku. Belajar menaip memang ada kepuasan sebab pelajar pasti akan merasai pencapaian mereka, ianya terbukti apabila mereka dah mahir. Bagi aku yang mengajar juga akan tersenyum puas bila semua 120 pelajar menaip mengikut sistem yang betul. Ada jua kekecewaan pernah dirasai bila tengok pelajar semester 4 menaip satu jari, tapi tak semua yang buat begini, hanya yang dikategorikan putus wayar saja boleh buat macam tu.
Blog ini adalah disediakan khusus untuk pelajar DSS PTSS dan sesiapa sahaja yang ingin menimba ilmu kesetiausahaan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Sabtu, 18 Disember 2010
Jumaat, 12 November 2010
Menjadi Pendengar Yang Baik
Dengar apa yang diperkatakan oleh penutur dengan jelas, jangan sekali-kali memotong apa yang diperkatakan, jangan mengatakan "saya faham" selagi penutur belum menghabiskan apa yang diperkatakan. Biarkan penutur menghabiskan apa yang hendak disampaikan. Jadilah pendengar yang baik. Mulai dari saat dan ketika ini berazamlah untuk menjadi pendengar yang baik. Mesti azam dan laksanakan.
Langgan:
Catatan (Atom)