Rabu, 23 Februari 2011

5 S

SISIH
SUSUN
SAPU
SERAGAM
SENTIASA AMAL

SISIH

Sisih dan buang barang yang tak perlu. Hasilnya ruang kerja yang lebih luas.

Khamis, 23 Disember 2010

Panduan Untuk Megesahkan Dokumen

Semasa mengesahkan sesuatu dokumen yang dibuat salinan (fotostas) pastikan bawa bersama dokumen asal untuk ditunjukkan kepada pegawai yang membuat pengesahan. Cop kenyataan pengesahan dan ruang tanda tangan ditempat yang kosong agar tidak menutup maklumat penting dalam dokumen.

Sabtu, 18 Disember 2010

Minggu Pertama

Seminggu telah berlalu, 5 jam pertemuan, pelajar maksima 39, PC 3 tak dapat digunakan, inilah masalah yang paling di takuti bila menggunakan PC untuk mengajar menaip, kalau dulu guna mesintaip tiada masalah kerosakan yang pelajar tidak boleh buat praktikal langsung. Siapakah yang akan mebetulkan PC yang rosak, mestilah unit komputer, aku tak ada kemahiran dalam bidang merepair PC. Janji nak disiapkan secepat mungkin, lama mana secepat mungkin tak dinyatakan jangan sampai habis semester tak di siapkan sudahlah.

Strategi aku agar semua pelajar merasai kesusahan ialah dengan membuat pusingan seperti bermain bola tampar. Harap pelajar dapat memahami masalah yang dihadapi dan tidak memanjangkannya. Mulut tempayan dapat ditutup tapi mulut manusia susah ooo. 

Yang penting tugas utama aku dapat dilaksanakan iaitu mendidik dan melatih semua pelajar mahir menaip. Ini adalah janji seorang pendidik seperti aku. Belajar menaip memang ada kepuasan sebab pelajar pasti akan merasai pencapaian mereka, ianya terbukti apabila mereka dah mahir. Bagi aku yang mengajar juga akan tersenyum puas bila semua 120 pelajar menaip mengikut sistem yang betul. Ada jua kekecewaan pernah dirasai bila tengok pelajar semester 4 menaip satu jari, tapi tak semua yang buat begini, hanya yang dikategorikan putus wayar saja boleh buat macam tu.

Sabtu, 4 Disember 2010

Menjawab Panggilan Telefon

Apakah perkataan pertama di sebut yang paling sesuai ketika menjawab panggilan telefon?. Jangan gunakan "hello" kerana hello tidak membantu pemanggil. Assalamualaikum adalah yang paling sesuai, selepas memberi salam perkenalkan Jabatan atau tempat anda bertugas, ini adalah untuk menjimatkan masa pemanggil dan bagi memastikan pemanggil disambungkan kepada tempat yang betul. 

Anda mesti senyum ketika becakap, kerana senyuman akan menceriakan perbualan walaupun pemanggil tidak melihat anda tetapi suara bersama senyuman memberi makna yang amat mendalam kepada pendegar. 

Perbualan telefon adalah gambaran tentang Jabatan atau tempat anda bertugas, jika pemanggil mendapat gambaran yang kurang menyenangkan maka itulah tanggapan mereka begitulah sebaliknya.

Isnin, 15 November 2010

Petua

Kalau barang hilang baca surah al Faht ayat 1 hingga 3, amal 70 kali Insya Allah akan dapat balik.

Menjinakan binatang - baca surah Hud ayat 56

Jumaat, 12 November 2010

Menjadi Pendengar Yang Baik

Dengar apa yang diperkatakan oleh penutur dengan jelas, jangan sekali-kali memotong apa yang diperkatakan, jangan mengatakan "saya faham" selagi penutur belum menghabiskan apa  yang diperkatakan. Biarkan penutur menghabiskan apa yang  hendak disampaikan. Jadilah pendengar yang baik. Mulai dari saat dan ketika ini berazamlah untuk menjadi pendengar yang baik. Mesti azam dan laksanakan.

Isnin, 23 Ogos 2010

Latihan 1

Latihan Ansur Maju Membina Kelajuan
24 p.s.m.



Zaman logam mula berpengaruh di Nusantara Melayu berdasarkan teori penghijrahan dari Vietnam Utara dan Champa ke sini.






25 p.s.m.






Kebanyakan institusi peradaban purba mempunyai akar umbi riverine maritime yang kukuh serta strategik dan peradaban awal ini.






26 p.s.m.






Peradaban ini dipercayai berevolusi daripada masyarakat sejarah yang hidup secara nomad atau masyarakat pertanian yang terpimpin.






27 p.s.m.






Kendi itu menjadi bukti arkeologi yang kukuh mengenai kewujudan sebuah peradaban Melayu awal setidak-tidaknya pada kurun pertama masihi.






28 p.s.m.






Tingginya menyapu awan dengan keluasan menyamai berpuluh-puluh padang bola sedikit sebanyak mengehadkan imaginasi kita bahawa ada segelintir.






29 p.s.m.






Bila menyebut bangunan, tentunya dibayangkan berciri pencakar langit, empat persegi, dikukuhkan dengan kerangka keluli selain dilengkapi tingkap.






30 p.s.m.






Keunikan seni bina menara aneh itu adalah pada ciri aras lantai yang berpusing mengikut hala bebas sekali gus mewujudkan perspektif pandangan berbeza.






31 p.s.m.






Dynamic Tower mesra alam dan bangunan pertama di dunia direka dengan keupayaan menjana elektrik sendiri melalui turbin angin yang dipasang setiap tingkat.










32 p.s.m.






Mulanya hanya angan-angan tetapi menjadi kenyataan apabila Dave Wu, pengasas syarikat membina bangunan pejabat berbentuk bakul bertangkai setinggi 120 tingkat.










33 p.s.m.






Terletak di Wilayah An Hui, China. Untuk ke aras atas, pengunjung perlu menaiki tangga bergerak di dalam kaca. Bangunan ini menyediakan prospek cerah terhadap pelan.










34 p.s.m.






Bangunan paling mengagumkan di Amerika. Warga tempatan diberi peluang memilih judul buku yang memberi pengaruh besar terhadap bandar Kansas itu selain memenangi anugerah.






35 p.s.m.






Saya tidak menolak kemungkinan kedua-dua artifak itu adalah berpasangan sekali gus mengukuhkan teori kewujudan peradaban Melayu zaman logam yang menjadikan kawasan pesisiran.